RAWATAN EKZEMA BAYI


Penyakit Ekzema di kalangan bayi sudah menjadi perkara yang biasa didengari semenjak kebelakangan ini jika dibandingkan 10 tahun sebelum ini. Tidak hairanlah jika terdapat bermacam-macam produk di pasaran sekarang yang berlumba-lumba untuk meyakinkan orang ramai bahawa produk merekalah yang terbaik untuk merawat penyakit ekzema. Tapi, adakah rawatan tersebut selamat dan benar-benar berkesan?

Secara umumnya, pesakit Ekzema perlu memberi lebih perhatian kepada perkara di bawah bagi menghadapi Ekzema:

1. Kawal tahap keterukan Ekzema melalui cara pemakanan/persekitaran.

2. Rawat keradangan sedia ada dengan krim-krim yang bersifat organik dan bebas steroid.

Ingat! Ekzema bukanlah penyakit yang hari ni makan ubat, esok dah boleh bergembira dan berjimba. Bagi pesakit yang agak teruk, ia memakan masa untuk sembuh. Malahan, Ekzema itu mungkin dan boleh kembali lagi walaupun pada zahirnya seperti sembuh.

Anak sulung eczemafighter saya sekarang sudah berusia 2 tahun dan Alhamdulillah fizikalnya boleh dikatakan bebas dari masalah kulit merah berair yang teruk dan berdarah. Tapi, ada masa-masa sekiranya dia tersalah makan apa yang badannya alergik, ruam-ruam merah akan datang kembali. Itu satu bukti yang menunjukkan Ekzema itu boleh berulang walaupun kita dikatakan telah sembuh secara fizikalnya.

Kawal tahap keterukan Ekzema melalui cara pemakanan/persekitaran.

Penyakit Ekzema banyak dikaitkan dengan masalah imunisasi badan. Periksa kembali apa yang badan kita makan setiap hari.

Untuk mengatasi masalah Ekzema Muhammad, saya mengenal pasti terlebih dahulu makanan apakah yang dia mengalami alahan. Setakat ini, Muhammad akan memberi reaksi alergi terhadap makanan-makanan berikut:

1. Produk tenusu (susu lembu, kambing)

2. Santan kelapa dan isi kelapa

3. Produk kekacang

4. Daging merah (lembu, kambing, dsb)

Setelah mengetahui jenis-jenis makanan tersebut, elakkan dari pengambilan makanan yang berunsurkan bahan-bahan tersebut.

Sekiranya tersalah makan, maka kulit Muhammad akan menunjukkan reaksi alahan dengan terjadinya ruam-ruam merah di kulitnya. Pernah sekali, saya tersalah memberi Muhammad makan ais-krim perisa vanilla. Keesokan harinya, muka Muhammad mengalami bengkak yang teruk seperti gambar di bawah.

Sekiranya organ luaran boleh membengkak sedemikian rupa, tidak mustahil organ dalaman juga akan membengkak. Bayangkan sekiranya saluran pernafasannya bengkak juga dan menutup ruang untuk bernafas? Itulah sebab ada sesetengah produk makanan ada menyatakan kandungan bahan-bahan yang bersifat allergen seperti kekacang kerana kesan akibat alahan itu adalah boleh mengundang maut!

Selain daripada itu, pantau sumber-sumber pemakanan penghidap Ekzema ini. Ini kerana, kadang-kadang kita tidak tahu apakah kandungan makanan yang terdapat pada makanan yang dibeli di luar. Sebab itulah juga, makanan yang disediakan di rumah adalah jauh lebih selamat dan terjamin kerana penggunaan sumber-sumber masakan adalah lebih terjamin.

Say a big NO to junk food (jajan), processed food. Dan, kurangkan penggunaan gula putih dan makanan yang mengandungi gluten. Ini kerana, makanan-makanan ini adalah ibarat 'perosak' kepada sistem usus badan kita. Seperti yang saya katakan awal tadi, penyakit Ekzema ni bukanlah sekadar masalah luaran kulit semata. Tetapi lebih kepada masalah imuniti badan dalaman. Usus yang sehat akan memberikan kesihatan kulit badan yang lebih baik.

Rawat keradangan sedia ada dengan krim-krim yang bersifat organik dan bebas steroid.

Rawatan menggunakan krim-krim atau ointment (minyak) bukanlah merupakan rawatan ulung dalam proses merawat ini. Tetapi penggunaan krim-krim atau ointment selaku pelembap ini dapat membantu dalam mengurangkan keradangan kulit yang mengalami ruam merah atau kulit bersisik ini.

Pemilihan krim atau ointment yang organik dan semulajadi adalah penting bagi mempastikan kulit tidak bertindakbalas dengan bahan-bahan kimia yang kita tidak tahu reaksinya bagi kulit pesakit. Ini kerana, terdapat pesakit Ekzema yang alahan terhadap kandungan bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam krim yang tidak organik dan semulajadi.

Terdapat perbincangan yang hangat tentang penggunaan krim yang mengandungi unsur steroid. Saya tidaklah menghalang penggunaan krim ini sekiranya penggunaannya adalah minima kerana kesan jangka panjang yang lebih mencabar. InshAllah saya akan berkongsi tentang krim steroid pada entry yang akan datang.

Antara krim-krim organik dan semulajadi yang boleh digunakan sebagai rawatan untuk Ekzema adalah Shaklee Herbal Blend. Krim ini telah melalui ujian klinikal dan menggunakan herba-herba semulajadi seperti Rosemary leaf, yarrow, Sage leaf dan Horse Chestnut seed yang mempunyai kebaikan-kebaikan yang baik untuk merawat kulit Ekzema. Krim ini adalah bebas dari steroid dan mampu untuk membantu mengawal keradangan kulit akibat Ekzema.