Soalan yang seringkali ditanya kepada saya, krim apa yang sesuai untuk sakit Ekzema ni ye?
Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, saya ingin menegaskan buat kali ke-entah berapa kali, bahawa penggunaan krim pada kulit hanyalah bersifat sementara dan memberi kesan jangka masa pendek. Pesakit-pesakit Ekzema perlu lebih memberi perhatian terhadap sistem dalaman badan yang melibatkan faktor pemakanan khususnya selain daripada sistem imuniti dan alergi. Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa banyak penyakit manusia asalnya berpunca daripada perut (makanan). What we eat is what we are today!
Ok, berbalik kepada persoalan tadi. Kulit dah merengsa, dah merah-merah gatal, berair dan ada juga yang dah berdarah. Kulit berdarah tu sebenarnya perkara biasa bagi pesakit-pesakit Ekzema. Kes Muhammad sebelum ni pun, bangun pagi-pagi, tengok bantal penuh dengan darah. Rupa-rupanya tangan yang diikat dan dibungkus dengan mitten dah tercabut!
So, apa nak buat? Atau apa nak sapu?
Saya kongsikan langkah-langkah mudah bagi pembaca dapat mengamalkan.
1. Sebelum memilih/membeli krim sapuan, lihat dulu kandungan yang terdapat pada krim tersebut.
2. Rujuk pada senarai kandungan di bawah, adakah krim tersebut mempunyai salah satu yang tertulis?
- Ammonium
- Benzoate
- Benzoyl peroxide
- BHA/BHT
- DEA
- Fragrances
- Hydroquinone
- Lanolin
- Laureth or lauryl ingredients
- PEG
- Polyethylene or poprylene (glycol)
- Polyoxyethylene
- Parabens
- Paraffin
- Toluene
- Isopropyl alcohol
- Phenol carbonic acid
- Phthalate
- Ocyl stearate
3. Adakah krim tersebut mengandungi salah satu bahan di atas? Jika ya, anda boleh mengabaikan krim tersebut dan JANGAN beli! Kalau dah terbeli, bolehlah buat baja pokok bunge. ^^
Sekiranya krim tersebut tidak mengandungi bahan-bahan di atas, boleh terus ke langkah seterusnya iaitu langkah 4.
4. Sekiranya krim te