Pengalaman Kesan Steroid Terhadap Kulit Ekzema Bayi - 019 337 9569


Pernah tak anda dipreskripi dengan sejenis krim untuk sakit Ekzema ketika mendapatkan rawatan di klinik atau farmasi dan apabila menggunakan krim tersebut Ekzema anda terus hilang atau kelihatan sembuh? Wah! Tentulah bagus kan?

Hati-hati dengan penggunaan krim tersebut kerana besar kemungkinan krim tersebut mengandungi steroid. Penyakit Ekzema tidak dapat tidak memerlukan masa untuk sembuh. Maknanya, bagi sesiapa yang sedang atau telah menghidapi penyakit ini, proses penyembuhan itu akan memakan masa.

Jadi, macamana krim tersebut dapat buat magik Ekzema terus hilang? Ini yang saya sebut awal tadi tentang kandungan steroid dalam krim tersebut.

Jom kita berkenalan dengan apa itu steroid?

Apa itu Steroid?

Steroid adalah merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan dengan tujuan untuk mengawal fungsi badan. Steroid terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

1. Steroid anabolik.
Steroid buatan yang bertindak seperti hormon lelaki.

2. Kortikosteroid
Terdapat beberapa jenis di bawah kategori ini iaitu Prednisolene, Dexamethasone, Betamethasone dan lain-lain lagi

Pun begitu, perkara yang paling penting berkaitan Steroid ini ialah, kita perlu mengetahui kesan-kesannya terhadap badan.

Kesan Steroid

Ketagihan Steroid merupakan antara kesan yang ketara sekiranya kita menggunakan produk-produk atau ubat-ubatan yang mengandungi Steroid. Sebagai contoh, pesakit Ekzema akan menerima Steroid dalam bentuk krim untuk di sapu ke bahagian yang bermasalah. Manakala pesakit asma akan menggunakan ubat sedut untuk melegakan radang pada paru-paru dan pernafasan. Steroid dalam bentul kapsul/tablet pula akan diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah seperti Gout atau Athritis.

Bagi pesakit-pesakit Ekzema, kesan Steroid ini sangat dirasai kerana sekiranya seseorang itu pernah menggunakan ubatan yang mengandungi Steroid, badannya akan menjadi ketagih.

Analogi mudah saya berikan, pada awalnya Steroid berperanan sebagai pengawal keselamatan tubuh anda untuk memastikan tidak berlaku keradangan. Maka, dia akan melawan apa saja yang boleh mengakibatkan radang. Padahal, sepatutnya, sistem imun badan kita bekerja secara natural dan fitrah. Setelah badan kita terlalu bergantung kepada pengawal keselamatan yang diupah itu, badan tidak lagi mampu untuk berdikari dan terpaksa bergantung penuh terhadap pengawal keselamatan. Dan, malang sekali, upah pengawal keselamatan itu semakin lama semakin tinggi yang mengakibatkan kita tidak mampu untuk bertahan tetapi sudah terjerat. Seperti ketagihan pada dadah. Itulah bahasa mudah bagi ketagihan steroid ni.

Nak buang, makan diri. Tak buang pun makan diri....