KESAN STEROID TERHADAP KULIT EKZEMA


Pernah tak anda dipreskripi dengan sejenis krim untuk sakit Ekzema ketika mendapatkan rawatan di klinik atau farmasi dan apabila menggunakan krim tersebut Ekzema anda terus hilang atau kelihatan sembuh? Wah! Tentulah bagus kan?

Hati-hati dengan penggunaan krim tersebut kerana besar kemungkinan krim tersebut mengandungi steroid. Penyakit Ekzema tidak dapat tidak memerlukan masa untuk sembuh. Maknanya, bagi sesiapa yang sedang atau telah menghidapi penyakit ini, proses penyembuhan itu akan memakan masa.

Jadi, macamana krim tersebut dapat buat magik Ekzema terus hilang? Ini yang saya sebut awal tadi tentang kandungan steroid dalam krim tersebut.

Jom kita berkenalan dengan apa itu steroid?

Apa Itu Steroid?
Steroid adah sejenis hormon. Hormon yang dihasilkan oleh badan bertujuan untuk mengawal fungsi badan.
Steroid diklasifikasikan sebagai racun terkawal di mana penggunaanya memerlukan nasihat doktor.
Steroid terbahagi kepad 2 jenis iaitu:
1. Steroid anabolik - steroid buatan yang bertindak seperti hormon lelaki.
2. Kortikostereoid - terbahagi kepada beberapa jenis seperti prednisolene, dexamethasone, betamethasone dan lain-lain lagi.
Steroid anabolik biasanya dalam bentuk cecair bagi tujuan untuk menyuntik masuk ke dalam tubuh badan. Bagi kortikosteroid pula wujud dalam bentuk tablet/kapsul, krim, ubat sedut (inhaler) dan ubat titis mata.
Kesan steroid
Simptom2
Ketagihan steroid
Sediaan yang pelbagai ini bertujuan untuk merawat penyakit-penyakit yang berlainan. Sebagai contoh, pesakit ekzema akan menerima steroid dalam bentuk krim untuk di sapu ke bahagian bermasalah. Manakala pesakit asma akan menggunakan ubat sedut untuk melegakan radang pada paru-paru dan saluran pernafasan. Steroid dalam bentuk kapsul/tablet pula akan diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah seperti gout atau athritis

KRIM ORGANIK UNTUK EKZEMA


Soalan yang seringkali ditanya kepada saya, krim apa yang sesuai untuk sakit Ekzema ni ye?

Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, saya ingin menegaskan buat kali ke-entah berapa kali, bahawa penggunaan krim pada kulit hanyalah bersifat sementara dan memberi kesan jangka masa pendek. Pesakit-pesakit Ekzema perlu lebih memberi perhatian terhadap sistem dalaman badan yang melibatkan faktor pemakanan khususnya selain daripada sistem imuniti dan alergi. Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa banyak penyakit manusia asalnya berpunca daripada perut (makanan). What we eat is what we are today!

Ok, berbalik kepada persoalan tadi. Kulit dah merengsa, dah merah-merah gatal, berair dan ada juga yang dah berdarah. Kulit berdarah tu sebenarnya perkara biasa bagi pesakit-pesakit Ekzema. Kes Muhammad sebelum ni pun, bangun pagi-pagi, tengok bantal penuh dengan darah. Rupa-rupanya tangan yang diikat dan dibungkus dengan mitten dah tercabut!
So, apa nak buat? Atau apa nak sapu?

Saya kongsikan langkah-langkah mudah bagi pembaca dapat mengamalkan.

1. Sebelum memilih/membeli krim sapuan, lihat dulu kandungan yang terdapat pada krim tersebut.

2. Rujuk pada senarai kandungan di bawah, adakah krim tersebut mempunyai salah satu yang tertulis?


  • Ammonium
  • Benzoate
  • Benzoyl peroxide
  • BHA/BHT
  • DEA
  • Fragrances
  • Hydroquinone
  • Lanolin
  • Laureth or lauryl ingredients
  • PEG
  • Polyethylene or poprylene (glycol)
  • Polyoxyethylene
  • Parabens
  • Paraffin
  • Toluene
  • Isopropyl alcohol
  • Phenol carbonic acid
  • Phthalate
  • Ocyl stearate
3. Adakah krim tersebut mengandungi salah satu bahan di atas? Jika ya, anda boleh mengabaikan krim tersebut dan JANGAN beli! Kalau dah terbeli, bolehlah buat baja pokok bunge. ^^
Sekiranya krim tersebut tidak mengandungi bahan-bahan di atas, boleh terus ke langkah seterusnya iaitu langkah 4.

4. Sekiranya krim te

RAWATAN EKZEMA BAYI


Penyakit Ekzema di kalangan bayi sudah menjadi perkara yang biasa didengari semenjak kebelakangan ini jika dibandingkan 10 tahun sebelum ini. Tidak hairanlah jika terdapat bermacam-macam produk di pasaran sekarang yang berlumba-lumba untuk meyakinkan orang ramai bahawa produk merekalah yang terbaik untuk merawat penyakit ekzema. Tapi, adakah rawatan tersebut selamat dan benar-benar berkesan?

Secara umumnya, pesakit Ekzema perlu memberi lebih perhatian kepada perkara di bawah bagi menghadapi Ekzema:

1. Kawal tahap keterukan Ekzema melalui cara pemakanan/persekitaran.

2. Rawat keradangan sedia ada dengan krim-krim yang bersifat organik dan bebas steroid.

Ingat! Ekzema bukanlah penyakit yang hari ni makan ubat, esok dah boleh bergembira dan berjimba. Bagi pesakit yang agak teruk, ia memakan masa untuk sembuh. Malahan, Ekzema itu mungkin dan boleh kembali lagi walaupun pada zahirnya seperti sembuh.

Anak sulung eczemafighter saya sekarang sudah berusia 2 tahun dan Alhamdulillah fizikalnya boleh dikatakan bebas dari masalah kulit merah berair yang teruk dan berdarah. Tapi, ada masa-masa sekiranya dia tersalah makan apa yang badannya alergik, ruam-ruam merah akan datang kembali. Itu satu bukti yang menunjukkan Ekzema itu boleh berulang walaupun kita dikatakan telah sembuh secara fizikalnya.

Kawal tahap keterukan Ekzema melalui cara pemakanan/persekitaran.

Penyakit Ekzema banyak dikaitkan dengan masalah imunisasi badan. Periksa kembali apa yang badan kita makan setiap hari.

Untuk mengatasi masalah Ekzema Muhammad, saya mengenal pasti terlebih dahulu makanan apakah yang dia mengalami alahan. Setakat ini, Muhammad akan memberi reaksi alergi terhadap makanan-makanan berikut:

1. Produk tenusu (susu lembu, kambing)

2. Santan kelapa dan isi kelapa

3. Produk kekacang

4. Daging merah (lembu, kambing, dsb)

Setelah mengetahui jenis-jenis makanan tersebut, elakkan dari pengambilan makanan yang berunsurkan bahan-bahan tersebut.

Sekiranya tersalah makan, maka kulit Muhammad akan menunjukkan reaksi alahan dengan terjadinya ruam-ruam merah di kulitnya. Pernah sekali, saya tersalah memberi Muhammad makan ais-krim perisa vanilla. Keesokan harinya, muka Muhammad mengalami bengkak yang teruk seperti gambar di bawah.

Sekiranya organ luaran boleh membengkak sedemikian rupa, tidak mustahil organ dalaman juga akan membengkak. Bayangkan sekiranya saluran pernafasannya bengkak juga dan menutup ruang untuk bernafas? Itulah sebab ada sesetengah produk makanan ada menyatakan kandungan bahan-bahan yang bersifat allergen seperti kekacang kerana kesan akibat alahan itu adalah boleh mengundang maut!

Selain daripada itu, pantau sumber-sumber pemakanan penghidap Ekzema ini. Ini kerana, kadang-kadang kita tidak tahu apakah kandungan makanan yang terdapat pada makanan yang dibeli di luar. Sebab itulah juga, makanan yang disediakan di rumah adalah jauh lebih selamat dan terjamin kerana penggunaan sumber-sumber masakan adalah lebih terjamin.

Say a big NO to junk food (jajan), processed food. Dan, kurangkan penggunaan gula putih dan makanan yang mengandungi gluten. Ini kerana, makanan-makanan ini adalah ibarat 'perosak' kepada sistem usus badan kita. Seperti yang saya katakan awal tadi, penyakit Ekzema ni bukanlah sekadar masalah luaran kulit semata. Tetapi lebih kepada masalah imuniti badan dalaman. Usus yang sehat akan memberikan kesihatan kulit badan yang lebih baik.

Rawat keradangan sedia ada dengan krim-krim yang bersifat organik dan bebas steroid.

Rawatan menggunakan krim-krim atau ointment (minyak) bukanlah merupakan rawatan ulung dalam proses merawat ini. Tetapi penggunaan krim-krim atau ointment selaku pelembap ini dapat membantu dalam mengurangkan keradangan kulit yang mengalami ruam merah atau kulit bersisik ini.

Pemilihan krim atau ointment yang organik dan semulajadi adalah penting bagi mempastikan kulit tidak bertindakbalas dengan bahan-bahan kimia yang kita tidak tahu reaksinya bagi kulit pesakit. Ini kerana, terdapat pesakit Ekzema yang alahan terhadap kandungan bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam krim yang tidak organik dan semulajadi.

Terdapat perbincangan yang hangat tentang penggunaan krim yang mengandungi unsur steroid. Saya tidaklah menghalang penggunaan krim ini sekiranya penggunaannya adalah minima kerana kesan jangka panjang yang lebih mencabar. InshAllah saya akan berkongsi tentang krim steroid pada entry yang akan datang.

Antara krim-krim organik dan semulajadi yang boleh digunakan sebagai rawatan untuk Ekzema adalah Shaklee Herbal Blend. Krim ini telah melalui ujian klinikal dan menggunakan herba-herba semulajadi seperti Rosemary leaf, yarrow, Sage leaf dan Horse Chestnut seed yang mempunyai kebaikan-kebaikan yang baik untuk merawat kulit Ekzema. Krim ini adalah bebas dari steroid dan mampu untuk membantu mengawal keradangan kulit akibat Ekzema.

Apa Itu Ekzema?

Anak sulung saya, Muhammad, 2 tahun merupakan seorang pesakit Ekzema yang agak kritikal.
Muhammad pada usia 8 bulan

Jari membengkak, kering, ruam merah yang mengeluarkan air bisa.

Tanda-tanda awal sudah mulai kelihatan ketika masih dalam pantang lagi. Sebagai seorang ibu, pada mulanya saya agak risau. Tapi, apabila orang sekeliling hanya memberitahu, "Ahhh, biasa la tu. Ruam susu, ruam kulit.. bayi memang selalu kena macam ni", saya berasa lega. Tambahan pula mereka terlebih cakna dengan memberi krim-krim yang berunsurkan steroid untuk disapu pada kulit bayi. Tahukah anda apa itu steroid? InshAllah, saya akan kupaskan pada entry yang berikutnya.

Sekarang, sebagai seorang ibu kepada eczemafighter, saya pada awalnya sangat-amat menyesal kerana pada masa tu saya sangat jahil tentang sejenis penyakit kulit ini, EKZEMA. Sejarah keluarga kami tidak pernah ada seorang pun yang mengalami masalah kulit seperti ini, tak pernah ada orang bercerita pun dekat sekolah atau tempat kerja. So, memang zero pasal Ekzema.

Kenapa saya kata sangat-amat menyesal?

Kerana penghidap sakit Ekzema ni yang paling penting ialah ILMU. Dalam kes Muhammad ni, ummi dan abah dialah yang bertanggungjawab dapatkan ilmu tentang Ekzema.

Tak kenal, tak tahulah. Bila tak tahu, Ekzema tak hilang-hilang... So, jom kita berkenalan dulu dengan apa itu Ekzema?

Apa Itu Ekzema?

Ekzema ni sebenarnya adalah satu term yang digunakan untuk merujuk kepada keadaan di mana kulit mengalami keradangan dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang nampak seperti kulit melecur yang berair dan menyebabkan keGATALan.



Ekzema biasanya terjadi pada bayi atau kanak-kanak. Orang dewasa juga tidak terkecuali. Malahan, rawatan ekzema untuk orang dewasa sebenarnya adalah lagi mencabar jika dibandingkan dengan kanak-kanak.

Ekzema terjadi di bahagian anggota badan seperti muka, pergelangan tangan, siku, lutut dan juga bahagian-bahagian pelipat.



Ekzema yang biasanya terjadi dikenali sebagai atopic dermatitis atau atopic eczema. Semasa kami membawa Muhammad berjumpa dengan doktor, dia memang disahkan menghidap Atopic Eczema.

Ekzema ni berjangkit ke???

Tidak! Ekzema bukanlah penyakit berjangkit.

Apa Punca Ekzema?

Jika dilihat sekarang, penyakit Ekzema semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dan punca utama bagi penyakit ini belum dapat disahihkan lagi.

Pun begitu, terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan Ekzema, iaitu:

1. Pesakit mempunya sejarah keluarga yang mempunyai penyakit asma, Ekzema atau allergi

2. Faktor pemakanan - makanan/minuman beralkohol, makanan laut, hasil tenusu, pengawet makanan, makanan berasaskan gluten dsb.

3. Alahan terhadap persekitaran - sabun, udara yang tercemar, asap rokok, habuk, hama daripada haiwan peliharaan dsb.


Cara Mengenal Ekzema

1. Terdapat tompok-tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka dan kaki.

2. Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.

3. Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana Cara hadapi Ekzema?


Sebetulnya, setelah berpengalaman menghadapi Ekzema anak sulung saya, Muhammad, tidak ada satu ubat yang spesifik bagi penyakit ini kerana ianya bukanlah hanya sekadar penyakit kulit luaran semata. Ia melibatkan banyak perkara. Terdapat 2 unsur penting sebagai cara untuk menghadapi Ekzema:

1. Kawal tahap keterukan Ekzema melalui cara pemakanan/persekitaran.

2. Rawat keradangan sedia ada dengan krim-krim yang bersifat organik dan bebas steroid.

InshAllah, saya akan kongsi dengan lebih terperinci tentang cara-cara menghadapi Ekzema berdasarkan pengalaman dengan si anak kecil Muhammad the eczemafighter.




Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Assalamualaikum

Anda teringin nak jadi ahli Shaklee tapi malu nak tanya ejen Shaklee? Atau blurr dan nak usha-usha je dulu sebelum jadi ahli Shaklee.

Nah! Entry ni memang sangat sesuai untuk anda. Dijemput dan silalah baca. Kalau tak nak baca pun takpe, boleh call/SMS no ni 019-3379569. Kami akan terangkan terus satu-persatu kepada anda!

Terdapat beberapa cara untuk anda menjadi ahli Shaklee:

1. Call/Whatsapp/SMS ke 019-3379569

Taip DAFTAR AHLI ke 019-3379569. Wakil Pengedar Shaklee Dungun akan memberi maklum balas secepat yang mungkin untuk pertanyaan anda dan akan menguruskan dari A to Z bagi proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


2. Isi Borang Secara Online

Anda boleh mendaftar ahli secara terus dengan hanya mengisi Borang Keahlian Shaklee seperti di pautan ini >>> KLIK SINI.

Setelah selesai mengisi borang tersebut, pihak kami akan memproses permohonan anda dan menghubungi anda secepat yang mungkin.



3. Mendaftar terus dengan Shaklee menerusi pautan pada link ini Shaklee Online Registration.

Menerusi pautan ini, anda akan dihubungkan terus kepada website shaklee dan boleh terus mendaftar sebagai ahli.

Mudah kan nak jadi ahli Shaklee?

Banyak faedah dan kelebihan yang anda akan dapat sekiranya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Tambah-tambah lagi sekiranya anda mendaftar di bawah kumpulan kami, Team SuperStars.

Nak tahu apa kelebihannya? Baca pada entry berikut.